Home » baby » Montessori Theory

Montessori Theory


 

Sekarang ni kalau kalau kita perhatikan,terlalu banyak taska or tadika yang ‘tumbuh’.Lain tadika,lain method yang digunakannya.Macam amy sendiri,amy memang letak zaim di taska..untuk parents yang bekerja,tu jer choice yang ada.Tapi amy tertarik dengan method yang digunakan oleh taska ni iaitu menggunakan kaedah “Montessori”.Apa itu Montessori??

Actually perkataan Montessori ni berasal dari Maria Montessori,wanita pertama yang berkelulusan dalam bidang perubatan dari sebuah universiti Itali.Pada tahun 1906,Maria Montessori menubuhkan sebuah sekolah untuk kanak-kanak istimewa yang terkenal sebagai sebuah sekolah Montessori.

Beliau menyokong idea yang membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain.

Antara falsafah Montessori :

  • Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri dgn bimbingan minimum daripada ibu-bapa
  • Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan turut belajar secara demikian apabila dewasa kelak.
  • Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran.
  • Bahan pembelajaran yang dibetuk oleh Montessori melatih kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan memanipulatif dan ‘betul diri’.
  • Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak.
  • Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.

Actually,kaedah Montessori ni juga boleh dipratikkan kat rumah..Bagi amy kaedah Montessori ni sangat menarik sbb ia sesuatu yang simple dan mudah untuk kita ajarkan kpd anak kita.Perkara seperti menggosok gigi,mandi,pakai baju,ikat tali kasut or basuh pinggan juga termasuk dalam kaedah Montessori.Kaedah ini sgt menarik,enjoy dan mudah.It’s simple and basic!

Pendek kata Montessori ni mengajar anak kita benda2 yang ‘nyata’ dan bukan sekadar mengajar perkara2 yang abstrak semata2..contoh nyata yang amy katakan kat sini,kalau nak bagi anak kita kenal apa itu hamster,kita kena bela hamsterlah..so dia kenal apa itu hamster dan macammana bentuk hamster..bukan sekadar tengok gambar dari buku semata2.

Untuk parents yang nak tau lebih lanjut mengenai Montessori method,boleh klik kat sini yerk Montessori Method

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s