Home » b complex » Syukur…Alhamdulillah…

Syukur…Alhamdulillah…


Salam untuk semua pembaca.Semalam hari yang agak happy untuk amy and husband.Semalam setelah 6 hari lewat period,sajer jer gatal nak guna pregnancy test utk cek urine.So bila nampak line yg pertama,dalam hati dah terdetik,maybe negative lagi sama cam bulan2 sebelum ni.So juz tinggal kan kejap pregnancy test tu dalam toilet,buatkan susu untuk zaim.Lepas 5 minit,amy masuk balik toilet untuk cek walaupun hati kuat mengatakan jawapannya adalah negative.Bila masuk jer dalam toilet,terlihat ada lagi satu line yang agak samar dari line yang first. Ya,Allah..rasa nak melompat jer dalam toilet tu..Syukur alhamdulillah..Setelah zaim berumur 2 tahun setengah,akhirnya Amy pregnant kembali..syukur sangat..

So untuk pregnancy kali ini,Amy memang bertekad untuk mengambil Shaklee sebagai produk wajib Amy sepanjang masa mengandung ni.Yelah,kalau boleh untuk baby yang kedua ni,Amy memang nak fully breast.Zaim dulu sempat seminggu jer dapat rasa susu badan.Itu gara2 susu badan yang tak berapa banyak dan masa tu jugak menahan sakit sebab ceaser..huhu..Memang mencabar btul time tu..So Amy dah siap2 plan dah untuk mengambil vitamin C,Vitalea,Ostematrix dan B complex sepanjang tempoh mengandung ni.Nak tau apa keistimewaan vitamin2 ni?Jom kita share :

kredit Adaa


OsteMatrix(calcium magnesium)

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantumenggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

 

 

Vitamin B Compleks

 

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan sarafpada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

 

 

Vitamin C

 

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

 

 

Vita-Lea Iron Formula 

 

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

 

 

So hope kali ni alahannya tak seteruk masa pregnantkan zaim dulu..hope so lah kan..tapi kalau kena alahan teruk pun,Amy dah tak risau sebab Shaklee sedia untuk membantu Amy agar badan sentiasa bertenaga walaupun dalam tempoh mengandung,..🙂

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s