Home » caffein » Kesan kafein ke atas penyerapan vitamin

Kesan kafein ke atas penyerapan vitamin


Emm..memang lepas admit ward hari tu,nak sangat tulis mengenai post nie..Yelah,gatal gi minum kafein time pregnant,sape suruhkan…hehe.. Actually,for those yang tak tahu,Amy di masukkan ke hospital 2 minggu lepas sebab tiba2 degupan jantung jadi laju..so after semalaman terpaksa tido di CCU, doc tanya “awak ada ambil caffein ke?”..sambil terkulat2 senyum, terpaksa mengangguk..haha..doc kata, ibu yang sedang pregnant jantungnya memang dah sedia laju..so pengambilan caffein ni kalau bagi orang yang tak pregnant pun,memang akan melajukan jantung.. so bila ibu pregnant minum minuman yang mengandungi caffein, degupan jantung tu jadi double lah.. degilkan?hehe… kalau pada customer,Amy sibuk nasihatkan jangan ambil minuman yang mengandungi caffein sepanjang mengambil vitamin.. Tapi sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa..hehe..kalau tak jadi benda2 macam ni, tak ambil pengajaranlah pulak kan.. So lepas keluar ward hari tu,hubby Amy telah ‘mengharamkan’ Amy untuk mengambil sebarang minuman yang mengandungi caffein.. even ice cream yang takde kena mengena dengan caffein pun dilarang ambil..hehe..xpelah.. tu semua untuk kebaikan jugakkan.. So hari ni Amy nak share, kenapa kita dilarang untuk mengambil caffein sepanjang mengambil vitamin??

credit health by nature

Penggambilan kafein boleh menggangu penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita. Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. Kafein boleh menurunkan kadar penyerapan nutrien atau meningkatkan pembuangan mineral dari tubuh badan. Antara sumber kafein yang popular adalah kopi, teh, minuman bergas, cocoa dan coklat.
ZAT BESI (IRON)
Kafein mengurangkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan. Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan supplemen ya..
KALSIUM
Kaffein akan menyebabkan lebih banyak Kalsium dibuang melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biarpun selepas beberapa jam lepas memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh menggangu penyerapan kalsium di usus kita. Walaubagaimanapun terdapat kajian yang menggatakan kesan kafein keatas penyerapan Kalsium sangatlah minimal. Penggambilam kafein yang tinggi bukanlah faktor utamanya terjadinya penyakit osteoporosis.
VITAMIN D
Kafein boleh menyekat reseptor vitamin D dalam tubuh badan, menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan Kalsium dalam tubuh badan. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan tulang jadi nipis dan mudah rapuh.
VITAMIN B
Kafein bertindak sebagai diuretik ringan, yang menyebabkan kita membuang air kecil lebih kerap. Vitamin larut air seperti vitamin B boleh berkurang kerana kehilangan cecair berlebihan dari badan. Kopi dan teh juga mengandungi tannin dan kafein, yang boleh mengganggupenyerapan nutrien penting termasuk besi, kalsium dan kebanyakan vitamin B-kompleks.Tanin adalah jenis polifenol. Kafein sebenarnya merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perut. Sebab itulah ada yang merasakan gastrik naik selepas minum kopi.

 

Emm so pada sesiapa yang gemar sangat mengambil minuman bercaffein ni tak kisahlah sama ada kopi ke,minuman bergas ke,coklat ke,koko ke mungkin boleh kurangkan sikit pengambilannya..Kalau dulu kena minum hari2,sekarang kurangkanlah kepada 2 atau 3 kali seminggu jer.. Bersama2 kita jaga kesihatan yer..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s