Home » baby » Cukup ke susu saya??

Cukup ke susu saya??


Salam Jumaat..Hari ni memang semangat sangat updated blog..haha..then hari ni punya post akan berkisar mengenai susu ibu sahaja!Chewahh!! semangat punya pasal kan..Dalam masa Amy kongsi info dengan kawan-kawan,dalam masa yang sama ia sebagai peringatan juga untuk diri Amy..Kot-kot dah lupa lah kan..hehe.. So Amy nak tanya ibu-ibu yang menyusu ni,sebelum ni pernah tak kita terfikir “cukup ke susu aku ni?” “anak aku kenyang ke tak ni”.. Sebab sesetengah ibu rasa bila anak mula start meragam,menangis mereka akan ingat susu mereka tidak cukup ataupun tidak mengenyangkan..Betul ke??So bila dah jadi macam tu,ramai yang akan berpaling kepada susu formula..Stop!! Jangan terus buat assumption macam tu..kesian baby anda nanti..

Ramai juga antara mereka tidak tahu, bahawa saiz perut si kecil yang baru lahir tidak lebih dari sebesar guli kecil ataupun sebiji kacang kuda (5-7ml).

Kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir, maka ramai ibu yang tidak yakin untuk menyusukan anak mereka kerana menyangka susu yang mereka hasilkan tidak sebanyak susu formula dalam botol kecil yang mereka buat.

Menurut Puan Rita Rahayu, seorang pakar laktasi bertauliah, bayi kecil yang baru lahir tidak memerlukan kuantiti susu yang terlalu banyak kerana saiz perutnya yang sangat kecil.

Mengetahui tentang itu, ‘badan ibu’ hanya menghasilkan antara 20-30 ml yang sebenarnya sangat banyak untuk seorang bayi. Ye la, cuba bayangkan saiz perut si kecil yang hanya 5-7ml kapasitinya dan kuantiti kolostrum yang 4 – 5 kali ganda banyaknya. Bukankah lebih dari cukup?

Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi baru lahir seharusnya tidak timbul. Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yang diperlukan oleh bayinya. Kuantiti susu ibu yang diminum oleh anak secara susuan terus tidak semestinya sama dengan kuantiti susu yang diperah.

Jadi, jika anda mahu menyusukan anak secara eksklusif, tambahkan pengetahuan dengan menghadiri kursus penyusuan yang banyak dianjurkan oleh badan-badan swasta dan juga hospital kerajaan.

Lengkapkan diri dengan maklumat penyusuan dengan sebaiknya supaya azam untuk menyusukan anak secara eksklusif tidak terbantut di tengah jalan dek kekurangan ilmu. Ibu-ibu perlu ingat, menyusukan anak di waktu zaman sebegini perlu dilakukan dengan ilmu penuh di dada.

artikel dari iluvislam

Bagaimana saya akan tahu jika bayi saya mendapat susu yang cukup?

Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu.

Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari.

Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi.

Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya.

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah:

  • Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
  • Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  • Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.
  • Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.
  • Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
  • Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.

http://www.babycenter.com.my/a1031124/tanda-tanda-yang-menunjukkan-bayi-anda-mendapat-susu-yang-mencukupi#ixzz2i2b2j1gV

Haa..jelas tak..kalau nak lagi jelas sila baca blog laura-honeybee.. suka baca blog dia mengenai cukup ke tak susu ibu untuk bayi anda..sama2 kita sentiasa gali ilmu atau info mengenai susu ibu ni yer.. :)Dan untuk ibu-ibu yang gigih menyusu kan anak2 anda,jom kita baca poem ni daripada  Dr. Seuss

Nursing Moms

Would you nurse her in the park?
Would you nurse him in the dark?
Would you nurse him with a Boppy?
And when your boobs are feeling floppy?

I would nurse him in the park,
I would nurse her in the dark.
I’d nurse with or without a Boppy.
Floppy boobs will never stop me.

Can you nurse with your seat belt on?
Can you nurse from dusk till dawn?
Though she may pinch me, bite me, pull,
I will nurse her `till she’s full!

Can you nurse and make some soup?
Can you nurse and feed the group?
It makes her healthy strong and smart,
Mommy’s milk is the best start!

Would you nurse him at the game?
Would you nurse her in the rain?
In front of those who dare complain?
I would nurse him at the game.
I would nurse her in the rain.

As for those who protest lactation,
I have the perfect explanation.
Mommy’s milk is tailor made
It’s the perfect food, you need no aid.

Some may scoff and some may wriggle,
Avert their eyes or even giggle.
To those who can be cruel and rude,
Remind them breast’s the perfect food!

I would never scoff or giggle,
Roll my eyes or even wiggle!
I would not be so crass or crude,
I KNOW that this milk’s the perfect food!

We make the amount we need
The perfect temp for every feed.
There’s no compare to milk from breast-
The perfect food, above the rest.

Those sweet nursing smiles are oh so sweet,
Mommy’s milk is such a treat.
Human milk just can’t be beat.

I will nurse, in any case,
On the street or in your face.
I will not let my baby cry,
I’ll meet her needs, I’ll always try.
It’s not about what’s good for you,
It’s best for babies, through and through.

I will nurse her in my home,
I will nurse her when I roam.
Leave me be lads and ma’am.
I will nurse her, Mom I am.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s