Home » alfafa » Jom sahut cabaran!!

Jom sahut cabaran!!


Assalammualaikum….Hari ni pagi2 check facebook,tertarik dengan satu artikel yang ingin Amy share dari blog Dr Zubaidi Hj Ahmad  mengenai penyusuan bayi sehingga 2 tahun.. sangat menarik dan mambuatkan ibu yang menyusu bayi ni rasa berkobar-kobar untuk susukan Zufar sehingga berumur 2 tahun.InsyaAllah..semoga Allah permudahkan segalanya..Ibarat macam cabaran untuk ibu2 jugaklah untuk susukan baby sampai 2 tahun..Jom baca skit post daripada Doktor Zubaidi ni.

breastfeed baby

 

BERILAH SUSU IBU SEHINGGA BERUMUR DUA TAHUN

Allah SWT telah menjadikan susu ibu sebagai susu yang terbaik sebagai makanan utama bayi. Banyak bukti saintifik membuktikan kelebihannya berbandingan dengan susu formula, sama ada yang berasakan susu lembu atau soya.

Susu ibu menepati fitrah bayi yang masih belum matang untuk menghadamkan pemakanan mereka. Dalam Islam juga, susu ibu adalah pilihan terbaik. Dalam Al-Quran, kita telah diberikan arahan seperti berikut:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Bakarah : ayat 233)

Begitu juga dalam ayat lain, Allah SWT telah memberitahu:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa susu ibu adalah susu yang lengkap nutrisi untuk kebaikan bayi, tidak dapat ditandingi oleh susu formula sama ada susu berasaskan susu lembu atau soya.

Menurut Akademi Pediatrik Amerika, susu ibu merupakan sumber makanan yang terbaik bagi bayi berumur satu tahun ke bawah, diikuti dengan susu formula berasakan susu lembu dan diikuti oleh susu soya.

Academi Pediatrik Amerika juga manasihatkan agar bayi diberikan susu ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya sehingga berumur enam bulan, dan diberikan susu ibu bersama dengan makanan pejal yang lembut secara berperingkat-peringkat sehingga berumur setahun.

Adalah lebih baik jika bayi dapat disusukan sehingga berumur 2 tahun. Sayangnya ramai ibubapa yang masih memilih susu formula kerana pelbagai alasan.

Kajian di Amerika pada tahun 2008, mendapati seramai dua pertiga dari bayi di Amerika diberikan susu ibu sehingga berumur enam bulan, kemudian seramai tiga perempat dari mereka menukarkan kepada susu formula setelah mencapai umur enam bulan.

Sementara satu perlima dari bayi di Amerika diberikan susu formula yang berasakan soya.

Oleh kerana susu formula tidak dapat menyamaikan kebaikan nutrisi yang dibekalkan oleh susu ibu, hampir semua pengeluar susu formula berlumba-lumba menghasilkan susu formula yang dikatakan lebih bermanfaat untuk menandingi susu ibu.

Sebagai contoh pengeluar susu formula menambahkan lemak asid (fatty acids) docosahexaenoic acid (DHA) dan arachidonic acid (AA) untuk menyamai kandungan nutrisi susu ibu bagi meningkatkan perkembangan minda bayi. 

Tetapi kebanyakan pengkaji mendapati bahawa penambahan DHA dan AA dalam susu formula tidak memberikan kesan yang baik untuk perkembangan minda berbanding dengan susu ibu.

Dr. Ahmad Qawasmi telah menggabungkan 12 kajian yang diperolehi dari Yale University, Connecticut Amerika Syarikat dan Al-Quds University di Jerusalem, Palestine untuk membandingkan bayi yang disusukan dengan susu formula tanpa penambahan asid lemak dengan bayi yang disusukan dengan susu formula dengan penambahan asid lemak. Kajian ini melibat seramai 1800 bayi dan dilakukan sepanjang tahun 1998-2005.

Dalam kajian ini bayi-bayi ini mula disusukan dengan susu formula semenjak umur satu bulan dan penilaian dilakukan apabila mereka mencapai umur setahun untuk menguji perkembangan bahasa, minda dan kemahiran motor.

Mereka mendapati susu formula berasaskan soya dan susu lembu ditambahkan dengan DHA dan AA, tidak dapat menandingi kebaikan susu ibu. Dalam kajian itu menunjukkan tiada perbezaan antara perkembangan minda seperti bahasa dan kebolehan berfikir.

Ini tidak bermakna bahawa asid lemak yang dibekalkan tidak mempunyai faedah, tetapi faedah yang diperolehi tidak menyamai bayi yang diberikan susu ibu. Lemak asid yang ditambah mungkin memberikan kebaikan kepada perkembangan penglihatan (mata) dan daya tahan melawan penyakit.

Susu ibu lebih baik dari susu formula ini kerana:

1. Susu ibu mempunyai kesan yang sangat baik pada perkembangan mental jika diukur mengikut ‘Index Perkembangan Mental’ pada umur enam dan dua belas bulan.

2. Susu ibu mempunyai skor yang tinggi pada ujian kemahiran pergerakan (psychomotor) pada umur enam bulan berbanding dengan susu formula.

3.Bayi yang disusukan ibu mempunyai skor penguasaan bahasa yang lebih tinggi pada umur tiga dan enam bulan.
Oleh itu susu ibu haruslah dianggap sebagai susu yang terbaik, walaupun pengeluar susu formula berusaha untuk menandinginya dengan menambah pelbagai nutrisi yang lain.

Rujukan:

1. Jelliffe, Derrick B., and E. F. Patrice Jelliffe. Human Milk in the Modern World. Oxford and New York: Oxford University Press, 1978.

2. Precht, D and J.Molkentin C18:1, C18:2, and C8:3 trans and cis fatty acid isomers including conjugated cis delta 9, trans delta 11 linoleic acid (CLA) as well as total fat composition of German human milk lipids, Nahrung 1999 43(4) 233-244

Sebab itulah Amy selalu beritahu pada diri Amy sendiri,jangan cepat putus asa kalau susu merudum..Merudum tak bermakna susu kita sudah tiada langsung.Merudum tak semestinya tiada lagi usaha yang kita boleh buat untuk banyakkan kembali proses pengeluaran susu..Yang penting SEMANGAT, USAHA,TAWAKAL DAN DOA!

Ada banyak kaedah yang kita boleh guna kalau susu kita tiba2 merudum.Susu yang tiba2 merudum mungkin ada puncanya.. Antaranya ialah :

credit to angah.blogspot

1. Tak pegang pada konsep demand and supply.

Pam tak konsisten atau selang masa antara sesi tu terlalu lama. Paling ideal ialah 2-3 jam sahaja. Kurang demand equals to kurang supply. Simple. Kebanyakan ibu akan pam bila rasa breast bengkak. BIG NO! sebab bila breast rasa bengkak itu adalah petanda kita dah terover masa (selang masa lama sangat) Bila biar lama2 susu akan kurang sebab apa? Sebab kurang demand. Jadi jangan tunggu breast rasa bengkak baru nak pam. Breast bengkak bukan petanda banyak susu. Pam lah ikut jadual walaupun rasa breast masih lembik.

Masa kat opis pun camtu jugak. Pastikan pam ikut time. Walau seteruk mana jadual kerja kita..CUBA untuk pam walaupun sekejap. Untuk pastikan susu sentiasa dihasilkan. memangtak dinafikan ibu2 yang kerja on call mcm nurse atau doktor susah nak buat tapi kena CUBA. No harm to try kan..Bentuk jadual pam sendiri. Sebab perjalanan BF kita ni semuanya unik dan tersendiri. jadual aku takkan sama ngan jadual orang lain. Bila dah dapat pattern..please adhere to that pattern.

2. Keadaan ibu. Penat, stress, tak ambil air yg cukup, diet, period atau pregnant.

Semua di atas adalah penyebab susu merudum? Kenapa? Camni..penyusuan berkait dengan hormon iaitu prolaktin (hasilkan susu) dan oksitosin (gembira) Bila kita penat, atau stress hormon jadi tak tentu arah, tak rembes dengan banyak. Tell me kalu kita penat / stress kita boleh happy ke? Tentu tak kan..jadi bila mengepam dalam keadaan camtu camne production nak banyak? Lepas tu bila tengok susu sikit kita lagi stress, bila main stress susu lagi la sikit..

Kadang2 susu merudum ni juga bagi kita signal yang kita ni sebenarnya penat dan perlu rehat. Kita tak sedar sebab dah terbiasa dengan rutin hidup kan. Jadi camne nak atasi? Simple..kalau penat kita rehat, kalau stress kita cari jalan untuk distress. makan coklat pun boleh buat kita happy. Tengok gambar anak ke, tengok movie ke..ikut kesesuaian lah..

Ambil makanan dan air yang mencukupi untuk buat badan kita bertenaga. Supplement pun ok. Aku pun amalkan GnC.

Tapi kalau period ngan pregnant tu tak dapek la den nak nolong. Aku sendiri pun susu kurang sikit kalau period. Haaaaa masa ni la pentingnya ada stok yang mencukupi. Jadi masa dalam pantang dan awal2 bulan kelahiran anak tu rajin2 lah buat stok ya.

3. Pam tak sesuai. Kengkadang suction menyakitkan. Pumping x optimum.

Kesesuaian pam pun main peranan walau tak besar. personally aku rasa double pumping adalah lebih baik dari segi stimulation dari single pum. Sebabnya? Masa LDR kan rasa dua2 belah tapi kalau kita guna single cuma sebelah yang dapat banyak kan..padahal masa LDR tu la susu memancut2 keluar..

Pilih pam yang sesuai dengan penggunaan kita. tak semestinya pakai yang ribu-riban boleh dapat hasil banyak. kalau jadual mengepam ke laut pakai la pam apa pun tak jadi jugak. Asalkan kita selesa ngan suction pam tu ok dah.

So bila dah tau puncanya boleh lah kita cari usaha untuk banyakkan susu pulakkan..

1. Cari punca susu merudum dan atasi punca tu.

Buat postmoterm beberapa perkara. Jadual mengepam bagaimana? Kedarat ke kelaut? Pastu tengok diri kita ni penat ke stress ke? Bila dah dapat punca sila lah cari jalan atasinya. Kalau sebab pam tak konsisten kita konsistenkan semula.

2. Cuba teknik POWER PUMPING ATAU TANDEM PUMPING

Disamping konsistenkan jadual, cuba kaedah power pumping ( 10 minit pam, 10 minit rehat selama 1 jam) setiap hari dalam masa seminggu dua. Ini untuk hantar signal pada otak yang kita demand lebih susu. memula tu pam angin biasalah..teruskan juga. hasil bukan lah hari yang sama ya..lepas few days akan nampak hasil insyaAllah.

Boleh juga cuba kaedah tandem pumping. Sambil susukan anak tu pam yang sebelah. Macam kelakar kan..tapi berkesan.

3. Be positive

Sila berfikiran positif. Bila pam dan dapat tak sebanyak yang diharapkan jangan la cakap “ala sikitnya susu aku / susu aku tak banyak / susu tak cukup ” apa saja yang negatif lah..cuba kita berlapang dada dan bersyukur dengan rezeki kita untuk hari tu..kang stress susu sikit lagi la susu taknak keluar.

Jangan bandingkan hasil kita dengan ibu yang lain. Sebab umur anak2 kita tak sama, keperluan anak2 kita pun lain. Kalau ibu lain dapat banyak tu sebab usaha dia nak dapatkan banyak. Jadi kita kena usaha juga. Ambil contoh aku sendiri lah..ada kawan yang cakap “Angah..susu ko masih banyak ek walau anak dah besar” Ye betul..masih mencukupi untuk anak aku..tapi tengok juga camne aku usaha untuk menten hasil..yang tau nature kerja aku camne tentu faham kan. hasil yang kita dapat tu adalah cerminan usaha kita betul tak?

Kalau tengok gambar stok ibu2 lain tu jgn rasa down pulak sebab stok kita sikit. Itu rezeki dia kan..kalaupun stok kita tak sebanyak tu tetap cukup untuk anak kan..jadi buat apa nak rasa down?

4. MILKBOOSTER????

Macam ada setengah orang  percaya dengan milkbooster ni..Macam Amy pun percaya tapi bukan dari segi percaya ia sbg ubat magic.Sebagai contoh,kalau makan terus susu jadi berbotol2 banyaknya..Kalau camtu Amy pun nak..Sebenarnya fungsi vitamin yang disarankan adalah untuk memberi tenaga kepada badan si ibu..Sebab bila badan bertenaga,automatik pengeluaran susu dapat dikeluarkan dengan jayanya..Hehe..Dan lagi satu silalah rajin pum dan rajin susukan baby..Kena pegang pada konsep demand and supply..Secara logiknya kalau demand takde,supply pun takdelah..

inilah vitamin yang membantu Amy mem "booster" kan tenaga Amy..hehe

inilah vitamin yang membantu Amy mem “booster” kan tenaga Amy..hehe

Alhamdulillah,sehingga hari ini,inilah supplement yang Amy consume untuk memastikan Amy sentiasa bertenaga bagi memastikan Amy dapat supply susu yang cukup untuk Zufar..Sayangkan anak sanggup berkorban apa sajer..hehe..Betul tak ibu2??Paling best ialah ESP dan Alfalfa..Dua ni adalah produk wajib ambil Amy..hehe..nak try?nak share experience??Kita whatsapp2 kat sini ek 0176954353

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s