Home » @nooraidamy » Helpful Tips For Breastfeeding

Helpful Tips For Breastfeeding


Salam semua!!Walaupun hampir genap 7 bulan Amy menyusukan Zufar, tapi setiap hari tak sah kalau tak google tentang tips2 penyusuan. Yelah,setiap hari adalah proses untuk kita belajar..Tak bermakna kita dah berpengalaman berpuluh tahun dalam menyusukan anak, menjadikan kita manusia yang serba tahu tentang breastfeeding ni.. Melahirkan anak sampai 10 orang juga tak membuatkan kita arif 100% tentang ilmu penyusuan.. Zaman  berubah,begitu juga tentang tips2 penyusuan..Betul tak?? So ibu2 memang kena rajin mencari info2 terkini mengenai penyusuan tapi tak bermakna teknik2 yang lama dah tak boleh pakai..still boleh tapi dengan cara yang lebih terkini..cewahh…

So hari ni just nak share tentang tips penyusuan yang mungkin ada ibu2 yang dah tahu dan mungkin juga tidak..Just google blog2 di internet dan terjumpa satu blog yang menarik perhatian Amy..credit to welovesusuibu kerana sudi share tentang tips2 penyusuan..

helpful-tips

Jadi dah bersedia nak tahu rahsia cara banyakkan susu ibu? Jom kita bongkar.

 

  1. Pasang niat mahu menyusukan anak hingga 2 tahun. Niatkan menyusukan anak kerana nak penuhi syariat Islam. Bukan sebab sayangkan anak. Ibu yang bagi susu formula juga sayangkan anak mereka.
  2. Letak target jangka masa panjang (2 tahun).
  3. Buat juga target 6 bulan (sepanjang 2 tahun). Bagi memotivasikan diri ibu.
  4. Belajar, belajar, belajar. Pergi kelas asas penyusuan atau kelas ‘internet’. Ajak suami belajar sekali.
  5. Cari kawan-kawan seangkatan. Join kumpulan sokongan.
  6. Dapatkan alat kelengkapan menegpam susu.
  7. Rooming-in dengan bayi lepas melahirkan.
  8. Susukan bayi sejurus selepas bayi lahir. (Jangan expect susu memancut waktu nie, masa nie yang ada hanya kolostrum. Dan bayi tak perlu sangat susu ibu, yang dia perlu dakapan hangat ibu ke dada. Nak lagi best biarkan bayi membuat ‘breast crawl’).
  9. Susukan bayi sekerap mungkin. Tak perlu tunggu 2 jam sekali. Susukan saja bila bayi nak. (Jika bayi jenis yang gemar tidur. Kejutkan bayi untuk menyusu. Jangan pula ibu bantai tido sekali).
  10. Makan makanan yang berkhasiat. Piramid makanan yang lengkap. Nak lebih bagus ambil Set Penyusuan Shaklee. Insyallah semua vitamin dan mineral ibu dapat, bayi juga menikmati melalui susu ibu.
  11. Minum air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter. Barulah berkesan rahsia cara banyakkan susu ibu nie.
  12. Bila dan mula berkerja. Buat jadual mengepam (3 jam sekali). Jangan buat je, pastu ke laut. Cuba berdisiplin ikut jadual.
  13. Elakkan stress di tempat kerja (B Complex Shaklee bantu elak stress).
  14. Cari perkara yang menyeronokkan waktu mengepam. Tengok video atau gambar anak. Baca buku. Atau bacalah Al-Quran atau berzikir.
  15. Jangan harap tidur nyenyak 8 jam di waktu malam. Ibu perlu bangun sekali waktu ini. Waktu ini hormon prolaktin (hormon pengeluaran susu) sangat tinggi. Tak perlu lama, 15 minit pun cukup. (Psst jangan bagi alasan, anak saya memang menyusu sepanjang malam. Tapi tahukah ibu bahawa masih banyak lebihan susu yang si manja tak hisap. Jika tak dipam, makanya tiadalah signal dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu.
  16. Tak usah bandingkan susu ibu lain yang sekali pam 30oz. Bersyukur, jika susu yang ada tak disyukuri malah dirunguti, macam mana Allah mahu hadirkan lebih banyak susu. Jadi bersyukur.
  17. Berdoa Allah berikan rezeki susu yang banyak dan cukup. Jangan pula takbur, ‘aku hebat boleh produce susu banyak sampai 2 deep freezer penuh’. Tiadalah daya dan kekuatan kita melainkan dengan bantuan Allah. Susu ibu kan rezeki dari Allah.
Jangan cari alasan. Tengah menjungjung besen ibu ini masih mampu menyusukan.

 

Ok berguna tak tips2 di atas..yang penting kena berdisiplin kalau betul2 nak susukan anak sehingga 2 tahun..Amy pun kadang2 ter miss jugak dari jadual yang Amy buat..tp sila lah ‘kembali’ ke pangkal jalan (haha) jika memang nak menyusukan anak sehingga 2 tahun..Hope tips ni boleh tolong ibu2 yang mempunyai masalah susu merudum or susu sikit..

Breastfeeding

 

inilah produk shaklee yang amy consume!!

inilah produk shaklee yang amy consume!!

 

 
NOOR AIDAMY MD NOOR (AMY)
ID 885411
nooraidamy@gmail.com
017-6954353
C.O.D area Kajang,Bangi,Semenyih
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s