Home » breastfeed » Ada apa di dalam susu ibu?

Ada apa di dalam susu ibu?


Salam semua!!Selamat hari Jumaat..Pernah tak kita tertanya2 ada apa sebenarnya di dalam susu ibu yang membuatkan anak kita yang berumur 0 hingga 6 bulan mendapat nutrien secukupnya hanya dengan meminum susu ibu sahaja??Sehinggakan tiada satu pun susu formula yang mampu menandingi keistimewaan susu ibu nie..Sudah ramai pakar membuat kajian,macammana nak jadikan susu formula setanding dengan susu ibu but hingga sekarang, susu formula tetap susu formula. Itu juga salah satu bukti yang tiada kemampuan atau akal yang mampu menandingi kuasa Allah..ūüôā

So berbalik kepada topik di atas,ada apa ek dalam susu ibu nie??Susu adalah sumber pemakanan yang terbaik  bagi bayi yang baru lahir.  Banyak komponen dalam susu ibu berfungsi untuk melindungi bayi daripada jangkitan dan penyakit.  Protien dalam susu adalah lebih mudah dihadam daripada susu formula atau susu lembu.  Kalsium dan iron dalam susu juga lebih mudah diserap.   Berikut adalah gambaran ringkas mengenai komponen-komponen susu dan nutrien yang diterima oleh  bayi anda.

credit sihathijau

1) Protein

Susu ibu mengandungi dua jenis protein “whey” dan “casein”. ¬†Kira-kira 60% adalah whey, manakala 40% adalah casein. ¬†Keseimbangan protein ini yang menjadikan penghadaman menjadi cepat dan mudah. ¬†Jika susu tiruan, juga dikenali sebagai formula, mempunyai peratusan casein yang lebih besar, dan ia menyebabkan susu susah dicerna atau dihadam. ¬†Kira-kira 60-80% daripada semua protein dalam susu ibu adalah whey protein. ¬†Protein ini mempunyai ciri-ciri ¬†‘infection-protection properties’ dan disebabkan ciri-ciri ini,bayi yang minum susu ibu sepenuhnya dikatakan mempunyai antibodi yang lebih kuat. ¬† Disenaraikan di bawah adalah protein khusus yang ditemui dalam susu ibu dan manfaatnya:

Laktoferin
Protein ini adalah protien yang sangat penting untuk saluran usus bayi anda. Ia menghalang pertumbuhan bakteria dan yis yang memerlukan zat besi untuk hidup. Secara tak langsung boleh mengurangkan risiko untuk mendapat serangan penyakit oleh bayi. Ia juga merupakan satu kuasa besar yang berkesan sebagai anti-pengoksidaan, anti-kulat, anti-bakteria, anti-virus, anti-radang, agen anti-kanser dan ejen untuk meningkatkan imunisasi.

lactoferrin01_img03

Human colostrum (breast milk produced until around the fifth day after child delivery) contains about 600mg of lactoferrin per 100ml. Normal milk (breast milk three weeks following child birth and thereafter) contains about 200mg of lactoferrin.
Also, lactoferrin is present in cow’s milk before it is sterilized (hereinafter referred to as raw milk). Raw milk is for baby cows, so it contains lactoferrin. However, the concentration of lactoferrin in raw milk is about one tenth compared with human breast milk, indicating a very high level of lactoferrin in human breast milk.

LactoferrinMOL

 

Lysozyme
Merupakan enzim antimikrobial, didapati dalam susu ibu. Bahan ini mempunyai kesan penting kerana ia menentukan jenis bakteria yang boleh hidup dalam saluran usus. Menariknya, tahap lysozyme dalam susu tidak terjejas dengan pemakanan ibu. Bermaksud ia sentiasa ada dan tidak merosot kandungannya.

lysozyme

Lysozyme was discovered by Alexander Fleming in 1921 when he demonstrated that his own nasal mucus had the ability to inhibit the growth of a certain strain of bacteria in culture. He realized that this was largely due to the action of a protein within the mucus that caused the bacterial cells to lyse or break apart. Hence, he named the protein lysozyme.

Faktor bifidus
Fungsi Faktor bifidus dalam susu ibu adalah untuk menyokong pertumbuhan Lactobacillaceae, iaitu bakteria bermanfaat yang melindungi bayi daripada bakteria dan parasit berbahaya. Bayi yang menyusu dengan susu ibu mempunyai tahap lactobacillus sepuluh kali lebih besar daripada yang bayi yang diberi susu formula.

Secretory IgA
Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobin. Salah satu immunoglobin yang penting dipanggil Secretory immunoglobin A (slg A). IgA ini mempunyai keupayaan untuk mengikat bahan-bahan asing (termasuk bakteria berbahaya) supaya mereka boleh dihapuskan dari badan. SlgA banyak melindungi tekak, hidung dan telinga serta saluran gastrousus. Kolostrum (susu pekat berwarna kuning) yang keluar dari payu dara ibu pada awal kelahiran mempunyai slg A yang tinggi. Ia juga membantu untuk memberi perlindungan terhadap E. Coli dan juga alahan. Imunoglobulin lain, termasuk IgG dan IgM, di dalam susu ibu juga membantu melindungi daripada jangkitan bakteria dan virus.

 2) Lemak

Susu ibu juga mengandungi beberapa lemak yang sangat bermanfaat. Terutamanya, Omega 3 lemak seperti DHA dan AA. Lemak ini adalah untuk membantu kerja-kerja otak bayi, memastikan bahawa sistem imun berfungsi dan membantu dalam pengambil vitamin larut lemak. Walau bagaimanapun, jenis lemak boleh dipengaruhi oleh diet ibu.Lemak untuk perkembangan otak.

 

 

3) Karbohidrat

Laktosa merupakan sejenis karbohidrat utama yang ditemui dalam susu ibu. Dianggarkan 40% jumlah kalori adalah dari susu ibu. Laktosa membantu untuk mengurangkan jumlah bakteria yang tidak sihat di dalam perut, meningkatkan penyerapan kalsium, fosforus, magnesium dan. Ia membantu untuk melawan penyakit danmenggalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam perut.

 

 

4) Vitamin

Jumlah dan jenis vitamin dalam susu ibu secara langsung berkaitan dengan pengambilan vitamin oleh ibu. Disebabkan itu, ibu menyusu perlu mendapatkan pemakanan yang berkhasiat termasuk vitamin. Vitamin larut lemak, termasuk vitamin A, D, E, dan K, adalah penting untuk kesihatan bayi. Vitamin larut air seperti vitamin C, riboflavin, niasin, dan asid panthothenic juga penting. Selalunya, ibu-ibu yang mengandung telah dibekalkan dengan vitamin secukupnya untuk memastikan tumbesaran bayi dan kesihatan adalah normal di dalam kandungan. Ia juga merupakan persiapan untuk menyusukan bayi apabila bayi lahir nanti.

 

Lihat betapa, berkhasiatnya susu ibu. Semua khasiat yang diperlukan oleh bayi ada dalam susu ibu. Alhamdulillah. Jom kita sokong penyusuan susu ibu!

breastmilk_vs_formula

breastmilk_vs_formula

 

 

 

NOOR AIDAMY MD NOOR (AMY)
ID 885411
nooraidamy@gmail.com
017-6954353
C.O.D area Kajang,Bangi,Semenyih
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s