Home » @nooraidamy » Wanita,Isteri,Ibu dan Vitamin

Wanita,Isteri,Ibu dan Vitamin


Kadang-kadang pernah tak kita terfikir yang peranan seorang ibu atau isteri bukan hanya menjaga makan minum keluarga dan mendidik anak semata2..Bila kita mempunyai pengetahuan tentang vitamin atau supplement,tahukah anda,ia sangat berguna buat seisi keluarga..Pernah dengar tak kata-kata “Prevention is better than cure?”.

Semasa bujang dulu,saya memang tak pernah ambil tahu langsung tentang apa itu vitamin,apa kepentingan supplement dalam kehidupan seharian kita.Yelah,dah kata pun bujang so memang selalunya umi lah yang selalu bertanya itu dan ini dan lebih amik berat tentang anak2nya berbanding tuan empunya diri tu sendiri.hehe.. (Miss Umi!!) Tetapi selepas berkahwin dan mempunyai 2 orang anak,saya mula rajin meng goggle tentang ilmu2 kesihatan.Apa nak buat kalau anak kena demam panas?Baby selsema?Anak sembelit..macam2 info kita akan cari bagi memastikan yang terbaik untuk keluarga kita.

Seorang isteri yang bijak,bukan sahaja bijak dalam menguruskan rumah tangga dan kecekapan mendidik anak tetapi juga bijak dalam memastikan kesihatan keluarga terjaga. Sebagai contoh, macam saya,makanan ringan seperti coklat,gula-gula or ice cream memang ‘diharamkan’ untuk dijadikan stok di rumah.Suami saya juga memang ‘mengharamkan’ air gas or berkarbonat di rumah..hehe..Resultnya,anak saya yang sulung tak pandai untuk makan gula-gula or coklat.Kalau makan pun sekadar merasa lepas tu dia terus buang.Sekala sekali mungkin tak mengapa,tapi kalau dijadikan stok ‘wajib ada’ di rumah,rasanya tak perlu kot. Kalau kita biasakan anak2 dengan makanan seperti itu,jangan marah kan anak kalau mereka tak mahu makan nasi.Sebab kita yang mencorakkan pola permakanan mereka begitu.Biasakan anak-anak kita untuk minum air kosong.Sebab budak-budak ni memang fitrahnya suka benda yang manis2..Jadi jika kita sebagai ibu tidak mendisiplinkan mereka,memang air manis adalah kewajipan mereka.. Sekali sekala saya akan belikan air kotak untuk anak saya but ada syarat dan masanya.. Cara saya,saya akan letakkan air kosong siap2 dalam botol air dia.Then,everytime dia nak minum,saya akan suruh “ambil botol air abang”…so lama-kelamaan, ianya dah jadi habit..sekarang saya tak perlu nak marah2 dia untuk minum air kosong,malah dia sendiri yang akan cakap, “ibu,abang nak minum air masak”..

Shaklee dipercayai sejak berpuluh tahun dahulu

So bagi memastikan kesihatan keluarga dan diri lebih terjamin,memang kami wajib mengambil supplement..Memandangkan suami saya seorang yang berniaga,maka waktu keje dia memang tak tentu..so dia memang memerlukan tenaga yang lebih.Jadi pagi-pagi sebelum saya pergi kerja,saya akan asingkan siap2 vitamin Shaklee untuk dia makan.Yelah,bila waktu keje tak menentu,kita akan senang kena stress..Bila stress,darah pun akan naik.So alhamdulillah,dalam seminggu saya beri dia makan supplement Shaklee (Bcomplex, Vitalea, Coqhealth dan Joint Health) ,tekanan darah kembali menurun.

Macam saya sendiri,disebabkan anak kedua saya menyusu badan,jadi automatik zat atau khasiat supplement yang saya makan,dia juga akan dapat.Alhamdulillah,dia jarang demam dan selsema.Anak yang sulung juga jarang demam dan selsema walaupun saya hantar dia ke taska..

So sebagai ibu,pengetahuan tentang ilmu2 kesihatan memang sangat penting walaupun anda bukan doktor.Secara officially nya lah kan..Tapi mungkin ‘doktor’ dalam keluarga anda.Rajin2 lah search tentang info2 kesihatan..sekarang dah senang,tanya jer Mr. Google,mesti dia tahu punya..hehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s